Selasa, 8 Julai 2008

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Karangan Ekspositori

Terdapat pelbagai jenis permainan traditional Melayu.Di antara mereka,terdapat Congkak,Gasing,Batu Seremban,Sepak Raga,Wau dan bermacam-macam lagi.Saya memilih wau sebagai permainan traditional pilihan saya kerana Wau memiliki beberapa ciri yang menarik bagi saya dan saya ingin berkongsi maklumat tentangnya.Wau adalah sebuah permainan traditional Melayu yang agak istimewa.Ia sesuatu yang tidak senang dijumpai pada masa kini.Tetapi,walaupun begitu,permainan ini masih dimainkan oleh beberapa orang Melayu supaya permainan wau tidak pupus.

Sejarah wau agak rumit kerana terdapat terlalu banyak versi mengenainya.Ada yang mengatakan bahawa wau telah direka oleh orang Belanda yang telah berniaga dengan penduduk di Malaysia.Ada lagi yang berkata bahawa ia telah direka di Malaysia.Satu yang pasti ialah bahawa wau sudah wujud semenjak abad-ke 15.Mengikut suatu legenda dari Kedah,Malaysia,ilmu untuk membuat wau bermuladalam usaha untuk menenangkan syurga-syurga.Nama wau juga mempunyai beberapa teori.Dalam bahasa Inggeris,wau dipanggil "kite".Dengan rasminya,perkataan wau berasal daripada perkataan Belanda,"Wouw" yang sebenarnya,adalah suatu burung yang boleh dijumpai di tenggara Asia.Ada yang berkata bahawa nama "wau" telah diberikan kepada permainan ini kerana ia berbentuk huruf "wau" dalam bahasa Arab.Di antara teori-teori ini,teori yang pertamalah yang lebih tepat.

Kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Terdapat berbagai cara untuk melestarikan permainantradisional Melayu. Kami boleh mengadakan korikulum permainan tradisional di setiap sekolah dan mengacarakan lebih banyak lagi pertandingan permainan tradisional Melayu. Ini akan menggalak kanak-kanak pada masa kini untuk bermain permainan tradisional Melayu.
Walaupun jumlah orang yang bermain permainan Wau sangat kecil,ia masih dimainkan orang Melayu. Ia selalunya dimain pada waktu petang,semasa angin agak kencang supaya wau boleh terbang,tinggi di langit.

Kami haruslah sentiasa melestarikan permainan traditional orang Melayu kerana ia melambangkan budaya kita.Jika permainan ini pupus, ia adalah satu kehilangan yang besar di dalam sejarah budaya kita.Saya sangat harap agar permainan tradisional Melayyu tidak akan pupus kerana ia sudah menjadi sesuatu sejarah dalam masyarakat kita dan ia akan amat mengecewakan nenek moyang kami yang telah mencipta permainan-permainan ini.

Pembuatan Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Nama "Wau

Dalam bahasa Inggeris,wau dipanggil "kite".Dengan rasminya,perkataan wau berasal daripada perkataan Belanda,"Wouw" yang sebenarnya,adalah suatu burung yang boleh dijumpai di tenggara Asia.

Ada yang berkata bahawa nama "wau" telah diberikan kepada permainan ini kerana ia berbentuk huruf "wau" dalam bahasa Arab.

Di antara teori-teori ini,teori yang pertamalah yang lebih tepat.

Sabtu, 5 Julai 2008

Sejarah Wau

Terdapat terlalu banyak versi mengenai sejarah wau. Ada yang mengatakan bahawa wau telah direka oleh orang Belanda yang telah berniaga dengan penduduk di Malaysia. Ada lagi yang berkata bahawa ia telah direka di Malaysia.Satu yang pasti ialah bahawa wau sudah wujud semenjak abad-ke 15.

Mengikut suatu legenda dari Kedah,Malaysia,ilmu untuk membuat wau bermula
dalam usaha untuk menenangkan syurga-syurga.

Jumaat, 27 Jun 2008

Saya termenung

Bila saya duduk,termenung,saya fikir tentang kali terakhir yang saya telah bermain permainan tradisional adalah semasa saya berumur tiga tahun.

Sudah lama ia tidak dimainkan. Ini menyebabkan permainan tradisional Melayu semakin tidak popular kerana kanak-kanak muda zaman ini tidak bermain permainan tradisional kerana selalu sibuk dengan generasi mereka. Saya harap ini boleh diubah untuk menjadi popular sekali lagi.

Itu pun salah ibu bapa kanak-kanak kerana mereka tidak meluangkan masa untuk mendidik anak mereka tentang permainan tradisional. Bagi saya,ibu bapa saya hanya dapat mendidik saya tentang beberapa permainan seperti Congkak,gasing dan Wau Bulan. Saya amat menggemari wau bulan. Warna-warnanya yang menarik amat disukai saya. Ibu bapa saya telah membelikan wau bulan untuk saya bila saya berumur tujuh tahun. Walaupun wau yang dibelikan untuk saya tidak boleh dimainkan,ia boleh direnungi. Saya amat berterina kasih kepada ibu bapa saya untuk membeli wau bulan itu untuk saya.